Kisahnya

jauh berjalan luas pandagan banyak pengalaman
setiap ilmu wajar dicari dan dikongsikan
moga kita dapat manfaatkan ia bersama
moga kita sentiasa sejahtera dan terus berjaya


berkongsi pengalaman …


Berpuluh tahun dahulu tanah di sini semuanya hutan dan belukar. Atas kegigihan bersama, tanah ini telah dipugar menjadi dusun buah-buahan agar anak cucu nanti dapat menikmati keenakan buah tempatan.

Hari ini tanah sebidang 3 ekar telah mempelawa para tetamu untuk bercuti atau pun mengadakan pelbagai program sambil menikmati keindahan yang tersedia hasil olahan alam, fuana dan flora, simbahan air sungai dan hembusan angin, kabus pagi dan sinaran mentari atas anugerah Tuhan maha pencipta.

Lembah Warisan Budi dikendalikan bersama oleh kumpulan anak-anak muda yang berpengalaman dalam perbagai bidang. Selain mengurus Lembah Warisan Budi, mereka juga mengendalikan [1] Majmak Budaya dan Warisan Jawi [2] Persatuan Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi - WarisAlam [3] Blackwind Adventure Team.

Maka hari ini, mereka yang mengendalikan Lembah Warisan Budi ingin berkongsi pengalaman mereka bersama agar dapat memberi manfaat dengan mengajurkan program-program yang cukup tersusun mengikut permintaan.

MAJMAK BUDAYA DAN WARISAN JAWI :

Merupakan sebuah syarikat yang berdaftar, berpengelaman mengendalikan pelbagai program kajian dan melestarikan budaya Melayu di dalam dan ke luar negara. Portfolio terbaik team ini adalah menganjurkan program Kembara Jejak Warisan Jawi ke 7 buah negara dengan pancuan 4 roda selama 25 hari dari Malaysia ke Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar sehingga ke China meliputi pelbagai program kajian sejarah, persembahan seni budaya, menghulur batuan kebajikan dan kemanusiaan kepada penduduk Melayu Islam di setiap  7 negara.

Team ini sering dijemput oleh Pusat Pengajian Tinggi, Sekolah, Kementerian dan syarikat swasta untuk berkongsi pengalaman dan mengendalikan pelbagai program motivasi, seminar dan kebudayaan.















PERSATUAN SENI DAN BUDAYA WARISAN MELAYU JAWI [WarisAlam] :

WarisAlam bergerak giat mempromosikan Seni dan Budaya Melayu agar kembali menjadi amalan baik masyarakat Melayu terutamanya di peringkat remaja. WarisAlam turut berjaya mengendalikan pelbagai program budaya bersama Kementerian, Pusat Pengajian Tinggi dalam menganjurkan Pameran dan Persembahan.

WarisAlam berpengalam lebih 5 tahun mengendalikan kursus dan Budaya di semua peringkat umur. Hari ini WarisAlam turut mengendalikan sepenuhnya program bahasa dan budaya Melayu di sebuah sekolah di kampong Chumnik, Kemboja. 





BLACKWIND ADVENTURE TEAM :

Kejayaan Blackwind memberi sokongan penuh dalam program Kembara Jejak Warisan Jawi ke 7 negara. Selain terlibat dalam mengendalikan kursus Pemanduan Pacuan 4 Roda, Blackwind banyak mengendalikan aktiviti kembara dalam negara dan ke luar negara.

Pengalaman mengendalikan pelbagai program 'Adventure' yang besar menjadikan Blackwind pakar menganjurkan pelbagai 'Event' dan kursus seperti ;
Teambuilding, Aktiviti lasak 4x4, Mtb Challenge, dsbnya...

















Hubungi Kami Untuk Menyusun Program Anda :
Email : lembahwarisanbudi@gmail.com
016-6264230 atau 012-3766307